Faculty of Computer Science and Mathematics

International Student Conference On Marine Technology (ICSMART 2016) Di Dhaka, Bangladesh

Oleh: Mohd Izham Mohd A. Wahid, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan

Persidangan antarabangsa bagi pelajar pra siswazah, International Student Conference on Marine Technology (ISCMART) diadakan sebagai sebahagian daripada International Conference on Marine Technology (MARTEC). Melalui peruntukan Tabung Latihan Akademik Luar Negara Pelajar (TALENT) yang disediakan oleh UMT, membolehkan pelajar – pelajar ini dihantar ke BUET menyertai program mobiliti ke luar negara.  MARTEC telah bermula sejak tahun 1998 lagi dan sering melibatkan penganjuran sama ada di Indonesia, Malaysia atau Bangladesh. Kali ini, ia diadakan pada 9 – 10 Disember 2016 di Bangladesh University of Engineering and Technology (BUET), Dhaka, Bangladesh.  MARTEC telah memberikan peluang kepada para pelajar Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) sebagai penganjur bersama untuk ISCMART.

Menurut Pengarah Program ISCMART, Siek Hock Chai, penglibatan mereka dalam menganjurkan persidangan di peringkat antarabangsa telah memberikan pengalaman baharu dan peluang kepada semua yang terlibat untuk memperolehi hasil usaha keras mereka dari awal sehinggalah berjaya sampai di sana. Keupayaan mereka untuk berkomunikasi dengan rakan di BUET mampu meningkatkan lagi tahap kerjasama antara mereka dan tidak membataskan usaha penganjuran tersebut. Bukan sahaja bertindak sebagai pengajur bersama, malah semua pelajar yang menyertai kumpulan ini turut membentangkan kertas kerja yang dihasilkan bersama penyelia masing – masing di persidangan tersebut. ISCMART mempunyai objektif untuk memberikan pendedahan kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan baharu melalui pertukaran maklumat dengan rakan pengajian di serata negara Asia dalam bidang kejuruteraan maritim melalui kaedah teori mahupun praktikal.  Ia dianggap sebagai platform akademik untuk berkongsi pengalaman dikalangan pelajar prasiswazah lagi bukan sahaja di universiti tempatan, malahan antarabangsa terutama universiti yang dikenali sebagai terkehadapan dalam bidang tersebut.

Sepanjang berada di sana kumpulan pelajar seramai 15 orang ini diiringi oleh ahli akademik UMT yang berasal dari Bangladesh, iaitu Capt. Dr. Mohamed Ismail Russtam Suhrab. Dengan adanya beliau sebagai warga tempatan di sana, ia amat memudahkan pengurusan para pelajar ini dari sudut logistik, makan minum dan perjalanan. Selain itu, hubungan baik beliau dengan pelbagai pihak industri di sana turut membuka kesempatan kepada mereka untuk melawat sekitar bandaraya Dhaka termasuk membuat lawatan ke International Intelligence Memorial, Institute of Fine Art, Institute of Science and Mathematics, Dhaka University dan Dockyard Works Engineering (DWE) yang diuruskan oleh angkatan tentera laut, Bangladesh Navy (BN).

Penglibatan pelajar ini dianggap sebagai satu kejayaan kerana hasil kerjasama antara pelajar ini sendiri mampu menganjurkan acara di peringkat antarabangsa. Selain itu keupaya mereka untuk membentangkan apa yang dipelajari dalam kuliah, telah berjaya dipersembahkan di persidangan antarabangsa walaupun masih di,peringkat pengajian sarjana muda. Pengalaman seumpama ini mampu menyokong hasrat UMT untuk menghasilkan graduannya yang mempunyai nilai tambahan yang holistik selain daripada menguasai bidang ilmu yang dipelajari.

 

ds

 

 

Share the Post:

Artikel Berkaitan