Faculty of Computer Science and Mathematics

Dr Lam Su Shiung dipilih Pembentang Lisan Terbaik bengkel British Council Researcher Links (BCRL) UK-Malaysia

Oleh: Elfina Azwar, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan

0024Ahli akademik PPKK, Dr. Lam Su Shiung telah dipilih sebagai pembentang lisan terbaik dalam satu bengkel antarabangsa yang melibatkan Malaysia dan United Kingdom (UK) baru-baru ini. Bengkel British Council Researcher Links (BCRL) UK-Malaysia yang diadakan pada awal Jun 2016 di Kuala Lumpur bertemakan “Bioenergy, Biorefinery and Bioeconomy: Promoting innovation, multidisciplinary collaboration and sustainability”. Acara ini dikoordinasikan oleh University of Surrey, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti of Nottingham Malaysia dan Universiti Malaysia Kebangsaan (UKM).

Penyertaan beliau dalam bengkel ini dibiayai sepenuhnya oleh British Council Newton Fund. Kriteria pemilihan peserta berdasarkan asas penyelidikan peserta dan potensi projek tersebut untuk dilaksanakan dalam jangka masa panjang. Semasa sesi beliau, Dr. Lam sempat berkongsi mengenai projek penyelidikan pirolisis dan menegaskan bahawa projek penyelidikan mampu  melestarikan alam sekitar melalui penghasilan biodiesel dan arang teraktif yang mesra alam. Acara tahunan ini melibatkan perbincangan mengenai teknologi memprosesan biomas yang baru, polisi kelestarian dan pengoptimuman proses penapisan bio dari sudut perspektif UK dan Malaysia. Ia disertai oleh para saintis dari kedua-dua negara dan juga organisasi seperti BioCorp Malaysia, United Nations Development Program (UNDP), World Wildlife Federation (WWF), Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) dan akhbar The Star.

Hasil bengkel ini berjaya memfokuskan kepada kepelbagaian kaedah ke arah menggantikan bahan bakar fosil dan membina ekonomi bio yang mampan. British Council Researcher Links merupakan sebuah badan yang membuka peluang  kepada penyelidik di awal kerjaya mereka untuk berinteraksi, berhubung dan bekerjasama dalam penyelidikan jangka masa panjang antara negara UK dengan rakan negara lain. Kolaborasi penyelidikan di peringkat antarabangsa amat penting untuk menjadikan para penyelidik lebih produktif melalui perkongsian penyelidikan masing-masing daripada latar belakang dan budaya yang berbeza.

dr-lam-bersama-prof-emeritus-dato-dr-mohamed-mahyuddin-mantan-rektor-kustem-yang-turut-menyertai-bengkel-bcrl
Dr. Lam bersama Prof Emeritus Dato’ Dr Mohamed Mahyuddin, Mantan Rektor KUSTEM yang turut menyertai Bengkel BCRL,

Sehingga kini seramai 2,500 penyelidik daripada rakan negara seperti Malaysia, Brazil, China, Colombia, Mesir, India, Indonesia, Israel, Kazakhstan, Mexico, Maghribi, Filipina, Rusia, Afrika Selatan, Thailand, Turki, Liga Arab Bersatu dan Vietnam telah dipilih oleh British Council Reseacher Links. Setakat ini sebanyak 101 bengkel yang telah dianjurkan oleh negara-negara tersebut. Para peserta berpeluang untuk berkongsi kepakaran penyelidikan masing-masing melalui pembentangan lisan dan poster serta mendapatkan pandangan daripada penyelidik lain yang lebih berpengalaman dan diiktiraf dunia.

 

Share the Post:

Artikel Berkaitan