Faculty of Computer Science and Mathematics

Bengkel Rekabentuk Kajian Manusia Dan Analisis Data Menggunakan Perisian SPSS

Disediakan oleh: Dr. Wan Rafizah Wan Abdullah

8 Mac 2018 – Seramai 30 pelajar tahun akhir Program Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) berpeluang mendapat latihan secara hands on penggunaan perisian SPSS dalam Bengkel Rekabentuk Kajian Manusia dan Analisis Data Menggunakan Perisian SPSS. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Dr Tengku Azmina Engku Ibrahim, Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK) bertempat di Makmal Aplikasi, Kompleks Kuliah Lama. Penganjuran bengkel ini adalah sebahagian daripada komitmen PPKK dalam membudayakan pemindahan ilmu serta menggalakan penyelidikan berimpak tinggi.

Share the Post:

Artikel Berkaitan