Faculty of Computer Science and Mathematics

Bengkel Penggrafan dan Penvisualan Data Menggunakan Perisian OriginPro

Disediakan oleh: Dr. Wan Rafizah Wan Abdullah

Ahad, 25 Februari 2018.

Seramai 30 pelajar tahun akhir Program Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) yang sedang melaksanakan projek ilmiah tahun akhir (PITA) telah menyertai Bengkel Penggrafan dan Penvisualan Data menggunakan Perisian OriginPro. Bengkel selama 3 jam ini telah dijalankan di Makmal CAD, Bangunan PPIMG dan telah disampaikan oleh Dr Wan Rafizah Wan Abdullah. Peserta telah didedahkan dengan kemahiran menganalisis dan memplot data saintifik menggunakan Perisian OriginPro. Tips penghasilan rajah berkualiti penerbitan juga telah dikongsikan kepada peserta.

Share the Post:

Artikel Berkaitan