Faculty of Computer Science and Mathematics

Bengkel Asas Fortran Untuk Manipulasi Data Tingkatkan Literasi Digital Di Kalangan Bakal Graduan

Disediakan oleh: Dr. Wan Rafizah Wan Abdullah

8 Mac 2018 – Bengkel Asas Fortran untuk Manipulasi Data telah dijalankan di Makmal CAD, Bangunan PPIMG. Bengkel yang telah dihadiri oleh pelajar tahun akhir Program Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) ini telah disampaikan oleh Dr Sunny Goh Eng Giap, Pensyarah di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK). Pelajar telah didedahkan dengan konsep, sintak dan penggunaan perisian Modern Fortran dalam penyelidikan berasaskan Alam Sekitar. Di samping itu, pelajar juga telah diberi peluang untuk membuat amali pengaturcaraan menggunakan perisian Modern Fortran. Penganjuran bengkel seumpama ini diharap akan dapat meningkatkan literasi digital para bakal graduan dalam menghadapi era Revolusi Perindustrian 4.0.

Share the Post:

Artikel Berkaitan