Faculty of Computer Science and Mathematics

Bagaimana Mengenali Scam di Media Sosial Dan Apa Yang Perlu Dilakukan?

Penipuan di media sosial seperti Facebook adalah sesuatu yang kerap berlaku dan pengguna sering melihat...

The post Bagaimana Mengenali Scam di Media Sosial Dan Apa Yang Perlu Dilakukan? appeared first on Root of Science.

Penipuan di media sosial seperti Facebook adalah sesuatu yang kerap berlaku dan pengguna sering melihat rakan mereka mengwar-warkan sesuatu pautan atau maklumat yang tidak diketahui kesahihannya.

Tambahan pula apabila pautan atau maklumat tersebut menawarkan hadiah bernilai tinggi. Ia berlaku dalam aktiviti ‘Like & Share’. ‘Like & Share’ melalui Facebook adalah kaedah pantas untuk mendapatkan respon pada halaman.

Walaubagaimanapun, pada 2017, Facebook telah mengemaskini aplikasi dan tidak membenarkan aktiviti ‘Like’ diletakkan syarat untuk memenangi sesuatu hadiah.

Bagi syarikat pula, halaman dengan banyak peminat adalah sangat berharga. Mereka dapat menjual halaman, atau menggunakannya untuk mempromosikan produk atau laman sesawang mereka sendiri. Manakala bagi syarikat yang tidak beretika, mereka mungkin menggunakannya untuk mengirimkan iklan spam, atau virus malware – dengan harapan pengguna akan mengkliknya dan memberi akses ke maklumat peribadi, atau mendaftar ke perkhidmatan teks berikutan pengguna ditawarkan hadiah yang mahal.

Proses ini dipanggil ‘Like Farming’, dan hadiah yang mahal adalah kaedah termudah untuk mendorong pengguna untuk ‘Like & Share’ halaman tersebut.

Cara Mengetahui halaman / promosi tersebut adalah SCAM:

1. Tiada maklumat pada bahagian Perihal

Sekiranya tidak ada maklumat berkenaan halaman media sosial tersebut dibahagian perihal, kemungkinan laman tersebut digunakan untuk SCAM. Di bahagian perihal selalunya, ia akan mengandungi maklumat berkenaan tujuan laman tersebut, apa objektif mereka, produk yang ingin mereka jual dan sebagainya.

Mengapa perlu mendorong seseorang untuk ‘like’ sesuatu halaman facebook, sedangkan anda tidak mengetahui asal usul laman tersebut

2. Laman sesawang yang dipautkan tidak asli

Kita perlulah meneliti bahagian perihal dan bahagian lain di laman web tersebut. Ia sewajarnya ada kaitan di antara satu sama lain untuk menunjukkan website tersebut boleh dipercayai.

3. Hadiah yang ditawarkan adalah tidak masuk akal

Anda perlu berhati-hati apabila ditawarkan hadiah-hadiah yang hebat seperti sebuah iPad, atau lima buah kereta. Realitinya, promosi tulen tidak akan sewenangnya memberikan hadiah berharga seperti ini hanya melalui ‘Like & Share’. Mereka hanya menggunakan aplikasi media sosial tersebut untuk mendapatkan maklumat dan data daripada pengguna. Kemudian mereka akan menggunakan data tersebut sama ada dengan menghantar iklan dan sebagainya.

4. Kesalahan ejaan di laman sesawang

Sekiranya terdapat kesalahan ejaan atau noktah dalam nama halaman atau keterangan hadiah, ia adalah petunjuk halaman sesawang berkenaan palsu. Contohnya, iPhone dan iPad selalu mempunyai huruf kecil i dan huruf besar P pada nama.

5. Ketulenan halaman

Penanda biru di sebelah nama halaman Facebook menunjukkan bahawa ia adalah halaman rasmi. Pemeriksaan terhadap alamat halaman sesawang juga perlu dilakukan. Jika didapati penuh dengan nombor, itu bermaksud halaman itu palsu dan bertujuan untuk SCAM anda.

6. Terma dan Syarat (T&C) promosi

Sekiranya tidak ada T&C atau tarikh tutup, pengguna patut curiga dan waspada.

7. Tempoh kewujudan halaman

Halaman SCAM biasanya tidak bertahan lebih dari beberapa bulan sebelum aplikasi media sosial seperti Facebook menghapuskannya. Pengguna boleh kembali ke garis masa halaman sesawang untuk melihat apakah ada kandungan yang berharga di halaman – jika berusia 2 bulan dan semua catatan adalah hadiah, itu SCAM!

Apa yang Pengguna boleh lakukan?

  1. Jangan teruskan aktiviti seperti ‘Like & Share’ jika tidak pasti. Pengguna boleh merujuk kepada laman media sosial berkaitan. Pengguna juga jangan sesekali memberikan maklumat bank, dan pastikan mempunyai perisian antivirus terkini di peranti.
  2. Boleh hantarkan pautan berkaitan ‘Like & Share Scam’ jika ada rakan berkeras untuk memasuki promosi walaupun terdapat amaran.
  3. Laporan boleh dibuat ke halaman media sosial berkaitan. Jangan berharap halaman SCAM tersebut itu hilang begitu sahaja. Ia memerlukan banyak laporan agar mendapat perhatian halaman media sosial tersebut.

Kesimpulannya, SCAM boleh berlaku melalui hampir semua bentuk komunikasi seperti Skype, WhatsApp, Twitter, Facebook, Instagram, dan bahkan aplikasi permainan. Komunikasi melalui media atau saluran adalah lebih tidak formal atau boleh dipercayai yang merupakan antara sebab mengapa penipu iaitu SCAMMER menggunakannya untuk SCAM pengguna lain.

Selain itu, dengan teknologi masa kini, ia adalah lebih mudah bagi mana-mana SCAMMER di mana sahaja di dunia untuk berpura-pura menjadi apa sahaja atau sesiapa sahaja yang mereka mahukan. Oleh yang demikian, pengguna adalah pertahanan terbaik terhadap sebarang penipuan, keburukan mahupun serangan. Bertindaklah secara bijak.

Rujukan:

  1. How To Identify a Scam Facebook Promotion – superlucky.me
  2. Scamming You Through Social Media – The Elm

The post Bagaimana Mengenali Scam di Media Sosial Dan Apa Yang Perlu Dilakukan? appeared first on Root of Science.

Share the Post:

Artikel Berkaitan