Fakulti Sains komputer dan Matematik


Latar Belakang Fakulti

Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari 2024, hasil daripada penstrukturan semula Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik. FSKM merupakan sebuah entiti akademik di UMT yang menyediakan pendidikan berkualiti tinggi dalam bidang komputeran dan matematik sama ada di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah.

Penubuhan FSKM adalah untuk menghimpunkan kepakaran dalam cabang ilmu kejuruteraan perisian, informatik maritim,komputeran mudah alih, matematik gunaan, matematik kewangan dan analitik data di bawah satu pusat tanggungjawab dalam menyokong bidang tujahan utama universiti selari dengan visi serta misi UMT.

Bersesuaian dengan misi fakulti, sasaran FSKM adalah untuk melahirkan graduan yang berakhlak, berketerampilan, terlatih, berdaya saing dan mempunyai jati diri bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara.

FSKM menawarkan 6 program pengajian prasiswazah dengan tempoh pengajian selama 7 semester (3.5 tahun). Program-program pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
1. Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian
2. Sarjana Muda Sains Komputer dengan Informatik Maritim (Kepujian)
3. Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih) dengan Kepujian
4. Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan) dengan Kepujian
5. Sarjana Muda Sains (Matematik Gunaan) dengan Kepujian
6. Sarjana Muda Sains (Analitik Data) dengan Kepujian

Selain itu, FSKM turut menawarkan program pengajian pascasiswazah sama ada secara kerja
kursus atau penyelidikan, sebagaimana berikut:-
1. Sarjana Matematik (Kerja Kursus)
2. Sarjana Statistik Sains Marin (Kerja Kursus)
3. Sarjana Sains Komputer (Kerja Kursus)
4. Sarjana Teknologi Maklumat (Kerja Kursus)
5. Sarjana Sains (Penyelidikan)
6. Doktor Falsafah (Penyelidikan)