21 Mac 2019. | UMT menerima kunjungan daripada pihak TNB Research Sdn. Bhd. pada 21 Mac 2019. Sempena kunjungan ini, siri perbincangan telah diadakan di antara UMT dengan TNB Research Sdn. Bhd. di Bilik e-Persidangan PPTM bagi membincangkan peluang untuk menjalankan projek-projek kerjasama yang berpotensi.
Kehadiran pasukan TNB Research Sdn. Bhd. ini juga memberi peluang kepada penyelidik UMT, antaranya penyelidik Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan untuk bekerjasama dengan TNB Research dalam bidang Renewable Energy.