Kumpulan Kejuruteraan Perisian (SEG) atau Kumpulan Penyelidikan SEG telah ditubuhkan secara rasmi pada 4 April 2015. Kumpulan ini terdiri daripada 9 orang pensyarah Sains Komputer yang merangkumi seorang Profesor, 6 Profesor Madya dan 2 Pensyarah Kanan.
Misi utama SEG adalah untuk merealisasikan penyelidikan dalam bidang teknologi perisian bagi kegunaan industri dan komuniti awam. Bagi mencapai misi ini, tiga objektif utama telah digariskan seperti berikut:
Mengukuhkan kumpulan penyelidikan yang memfokuskan kepada penyelesaian masalah perisian dalam aplikasi industri.
Meningkatkan keupayaan kumpulan penyelidikan dalam menghasilkan teknik dan teknologi dalam bidang kejuruteraan perisian.
Menjadi pakar perunding dalam bidang teknologi perisian, khususnya dalam kejuruteraan perisian, sistem pengurusan maklumat, kualiti perisian dan pengkomputeran pervasif.
“Menetapkan piawaian kecemerlangan dalam kejuruteraan perisian, memacu kemajuan melalui penyelidikan kolaboratif dan menghasilkan penyelesaian perisian yang unggul.”
Memajukan kejuruteraan perisian melalui penyelesaian berasaskan AI yang mampan dan inovatif, yang menghubungkan penyelidikan dengan industri, menggalakkan kerjasama, serta membentuk bakat yang bersedia untuk masa hadapan.