Objektif kualiti bagi Fakulti Sains Komputer dan Matematik yang selaras dengan Pelan Strategik UMT 2023–2027 adalah seperti berikut:
i. Secara kumulatif, empat (4) program akademik yang menggabungkan inisiatif atau ciri-ciri kurikulum antarabangsa.
ii. Secara kumulatif, menawarkan empat (4) program peringkat sarjana muda dan sarjana secara digital sepenuhnya.
iii. Secara kumulatif, menawarkan tiga (3) kandungan pengajaran dan pembelajaran digital.
iv. Secara kumulatif, menawarkan enam (6) kursus Mikro-kredensial.
i. RM1.5 juta jumlah tahunan penerimaan geran penyelidikan kerajaan (dalam juta RM).
ii. RM0.1 juta jumlah tahunan penerimaan geran penyelidikan daripada sektor swasta (dalam juta RM).
iii. RM0.15 juta jumlah tahunan penerimaan geran penyelidikan antarabangsa (dalam juta RM).
i. Lima (5) program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) setiap tahun.
ii. Dua puluh lima (25) komuniti luar yang menerima manfaat daripada program USR setiap tahun.
iii. 20% daripada staf akademik terlibat dalam program USR setiap tahun.
iv. 10% daripada staf sokongan akademik terlibat dalam program USR setiap tahun.
v. Enam (6) jaringan industri baharu setiap tahun.
vi. Sepuluh (10) program kolaboratif dengan rakan industri setiap tahun.