18 November 2026 | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)<br/>Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada dua (2) orang penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT), iaitu Prof. Dr. Muhammad Safih bin Lola dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik serta Prof. Madya Dr. Abdul Hanis bin Embong dari Pusat Pengajian Asas dan Lanjutan atas kejayaan menerima Geran Pemacutan Syarikat Pemula dan Syarikat Terbitan (SUSOA) daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan anggaran keseluruhan peruntukan sebanyak RM500,000.
Kejayaan ini merupakan hasil penilaian permohonan geran SUSOA yang telah diadakan pada 27 Julai 2026. Penyampaian geran telah disempurnakan semasa Majlis Penyampaian Geran Penyelidikan Jabatan Pendidikan Tinggi sempena Festival of Ideas Putrajaya 2026 pada 18 November 2026 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Penerimaan geran ini mencerminkan pengiktirafan terhadap potensi penyelidikan dan inovasi UMT dalam mempercepatkan pembangunan serta pertumbuhan syarikat pemula dan syarikat terbitan universiti. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan inovasi UMT ke peringkat yang lebih tinggi.

