Warga Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran empat orang Pensyarah dari Pusat Asasi STEM (PASTEM) yang telah melapor diri pada Ahad, 16 Ogos 2026.
Pensyarah-pensyarah berkenaan ialah:
• Dr. Nurhakimah binti Ab Rahman (Gred DS13)
• Puan Nurul Akidah binti Adnan (Gred DS11)
• Puan Nurul Syahida binti Abu Bakar (Gred DS11)
• Puan Mimi Syazwani binti Suhaimi (Gred DS11)
Penempatan hakiki kesemua pensyarah ini adalah di FSKM, dan mereka turut berkhidmat di PASTEM melalui mekanisme Lantikan Bersama Mengikut Komponen (Dual Appointment by Component).
Semoga kehadiran mereka dapat menyemarakkan lagi kecemerlangan akademik, penyelidikan, dan perkhidmatan di FSKM serta PASTEM. Selamat bertugas dan selamat maju jaya!



