Fakulti Sains komputer dan Matematik

UMT dan CISCO Lancar Bilik Kuliah Pintar

KUALA NERUS, 2 Julai 2026 – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Cisco telah melancarkan bilik kuliah pintar berteknologi AI di bawah Program Cisco Country Digital Acceleration (CDA). Pelancaran ini merupakan satu lagi langkah penting dalam agenda Transformasi Digital Hijau UMT bagi merevolusikan pembelajaran hibrid di kampus.

Majlis penyempurnaan Program Country Digital Acceleration di sempurnakan oleh Profesor Dr. Muhammad Ikhwanuddin bin Abdullah@Polity Ak Kria, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UMT bersama Pn. Fadzlina Abdullah, Sales Director Cisco System Malaysia Sdn. Bhd, diiringi oleh Prof. Ts. Dr. Muhammad Suzuri Hitam. Dekan, Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM).

Selain itu Majlis turut diserikan dengan demonstrasi langsung teknologi Cisco serta penyampaian hadiah tajaan Cisco kepada pemenang PAMERKOM 2026. Kerjasama ini mengukuhkan komitmen UMT dan Cisco dalam membangunkan bakat digital, menggalakkan inovasi teknologi dan melahirkan graduan yang bersedia menghadapi cabaran masa depan, selaras dengan usaha membina kampus yang lebih pintar dan mampan.

Share the Post:

Artikel Berkaitan