Fakulti Sains komputer dan Matematik

Research & Publication Enhancement Program 2026

Program Research & Publication Enhancement Program 2026 Bidang Sains Matematik, FSKM dengan kerjasama Pusat Pembangunan Bakat dan Inovasi (PPBI), UMT telah di laksanakan pada 15 Jun 2026 di Dewan Persidangan 2 (DP2), UMT Convention Centre (UMTCC).

Program Research & Publication Enhancement Program 2026 dianjurkan bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pensyarah serta penyelidik dalam bidang penyelidikan dan penerbitan akademik. Program ini memberi pendedahan berkaitan strategi penulisan berkualiti tinggi, pemilihan jurnal berimpak, serta perkongsian pengalaman oleh penyelidik berprestij antarabangsa.

Program ini juga menjadi platform interaksi secara langsung antara peserta dan penceramah bagi membincangkan isu-isu berkaitan penerbitan dan pembangunan penyelidikan.Sesi utama telah disampaikan oleh Assoc. Ts. Dr. Saratha Sathasivam yang berkongsi pengalaman berkaitan strategi penyelidikan, penulisan jurnal berimpak tinggi serta amalan terbaik untuk meningkatkan sitasi dan visibility penyelidikan.

Secara keseluruhannya, Research & Publication Enhancement Program 2026 telah berjaya mencapai objektif yang dirancang dan memberi impak positif kepada peserta dalam meningkatkan kemahiran penyelidikan dan penerbitan akademik. Program ini diharapkan dapat diteruskan sebagai platform pembangunan profesional warga akademik.

Share the Post:

Artikel Berkaitan