Fakulti Sains komputer dan Matematik

FSKM Team Quest : Mission Possible 2026.

FSKM Team Quest : Mission Possible 2026 telah berlangsung pada 6 Jun 2026 bertempat di sekitar Fakulti Sains Komputer dan Matematik.Program ini telah disusun atur dan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pembangunan Pelajar dan Mentor-Menter, FSKM yang melibatkan Kelab HIMMAT dan COMMTECH.

Program yang julung kali diadakan ini mensasarkan penglibatan pelajar dan pensyarah FSKM. Peserta dibahagikan kepada kumpulan campuran iaitu pelajar, pensyarah Bidang Sains Komputer Komputer dan Matematik) bagi menggalakkan interaksi dan kolaborasi berkumpulan.Impak daripada program ini adalah

  1. Memperkukuh hubungan dan komunikasi antara pelajar dan pensyarah dalam suasana tidak formal.
  2. Menggalakkan semangat kerjasama dan kerja berpasukan dalam kalangan peserta.
  3. Meningkatkan keterlibatan pelajar dalam aktiviti fakulti.
  4. Menyediakan platform interaksi santai yang dapat mengurangkan jurang antara pelajar dan pensyarah.
  5. Memupuk kemahiran insaniah seperti kepimpinan, komunikasi dan penyelesaian masalah.

Share the Post:

Artikel Berkaitan