UALA NERUS, 29 April 2026 – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memperkukuh peranannya dalam kesejahteraan komuniti melalui Majlis Libatsama dan Showcase Dana Kajian Sosial Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2025. Majlis yang dihadiri oleh YBrs. Ts. Dr. Noor Maizura Mohamad Noor, Pro Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), turut menyaksikan kehadiran rakan kolaborasi komuniti utama iaitu YBhg. Timbalan Komisioner Penjara (TKP) Tuan Haji Mohd Nasir bin Yusof, Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling , Ibu Pejabat Penjara Malaysia, serta Encik Mat Rani Bin Omar (Timbalan Pengerusi Koperasi Komuniti Cakna Wakaf Tapai Marang Berhad (KOWATA)). Turut hadir adalah pihak Kementerian Pendidikan Tinggi dan rakan strategik lain seperti Jabatan Kebajikan Negeri Terengganu.
Dua projek utama dengan jumlah peruntukan RM114,370 yang diterajui oleh pensyarah dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) iaitu:
1. Projek Sinar Digital (RM69,270) – diketuai oleh Dr. Noor Azliza Che Mat. Projek ini fokus kepada memperkasa banduan tahfiz di Penjara Marang melalui aplikasi Think Quran bagi memahami kosa kata Al-Quran. Ia sekali gus menyokong pemulihan sahsiah dan mengurangkan pengulangan jenayah. Projek ini berkerjasama dengan komuniti Penjara Marang.
2. Projek TAPAi (RM45,100) – diketuai oleh Prof.Madya Ts. Dr. Noraida Haji Ali, fokus kepada memperkasa usahawan OKU melalui latihan pemasaran digital dan pembangunan laman sesawang bagi meningkatkan kebolehpasaran produk kraf batik Terengganu di peringkat global. Projek ini berkerjasama dengan Koperasi Komuniti Cakna Wakaf Tapai(KOWATA).
Kedua-dua projek ini menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya pendidikan berkualiti, pertumbuhan ekonomi dan pengurangan ketidaksamaan.
UMT komited menterjemah penyelidikan kepada impak sebenar melalui kerjasama pelbagai agensi dalam memperkasa komuniti secara inklusif dan mampan.


