Latihan FlexSim Simulation Modelling Basic telah di jalankan pada 2-4 Febuari 2026 di Makmal Pengaturcaraan 1, Fakulti Sains Komputer dan Matematik. Latihan berkenaan telah dikendalikan oleh Mdm. Neo Poey Ching dan Mr .Shaquille Sahel Mattar daripada Advent2 Lab Consultation, Singapura. Melalui latihan ini, peserta akan memperoleh kemahiran asas dalam membina model simulasi, menguruskan objek sistem, serta menganalisis keputusan simulasi menggunakan antaramuka FlexSim. Hasilnya, para peserta latihan, khususnya tenaga pengajar akan lebih bersedia dalam menyampaikan kursus berkaitan simulasi dengan pendekatan berasaskan amalan sebenar industri, seterusnya meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di FSKM.





