Fakulti Sains komputer dan Matematik

Bengkel bertajuk Awantec-Google: AI Leadership Workshop

Satu bengkel bertajuk Awantec-Google: AI Leadership Workshop anjuran oleh Awantec Systems Sdn. Bhd. dengan kerjasama Google for Education khusus untuk kepimpinan digital universiti awam telah diadakan pada 10 – 11 Februari 2026 di Aloft Hotel Kuala Lumpur Sentral dan di Pejabat Google Malaysia, KL Sentral.

Bengkel eksklusif selama dua (2) hari ini bertujuan membekalkan pemimpin universiti dengan kemahiran strategik untuk menerajui transformasi Kecerdasan Buatan (AI). Inisiatif ini merangkumi pelaksanaan Gemini AI dan NotebookLM Enterprise bagi menyokong pengajaran, pembelajaran, dan penyelidikan di institusi masing-masing.

Tiga orang wakil daripada UMT telah hadir iaitu Ketua Pegawai Digital (CDO) Dr Muhamad Nor Hassan, Google Ambassador UMT, Dr Noor Azliza Che Mat dan Google Admin UMT, Haji Mohd Nor Azlan bin Ruyob @ Ayub (Pegawai Teknologi Maklumat PED UMT).

Pada hari pertama, satu perkongsian telah dibuat oleh Dr Noor Azliza Che Mat berkenaan dengan kajian kes penggunaan NotebookLM di kalangan para pelajar dan pensyarah UMT dan impak pada pengajaran dan pembelajaran.

Pada hari kedua, penyerahan sijil penghargaan dan lantikan telah dibuat kepada Google Ambassodar UMT sebagai penghubung utama bagi menggerakkan program penggunaan Google AI dan
NotebookLM di kalangan warga UMT.

Share the Post:

Artikel Berkaitan