Fakulti Sains komputer dan Matematik

Majlis Penyerahan Mock Cek Dana Kajian Sosial dari Kementerian Pendidikan Tinggi Kerjasama UMT dengan Penjara Negeri Terengganu Jabatan Penjara Malaysia Marang

Delegasi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) diketuai oleh Profesor Ts. Dr. Noor Maizura binti Mohamad Noor (Pro Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat dan Digital), bersama Profesor Ts. Dr. Muhammad Suzuri Bin Hitam (Dekan Fakulti Sains Komputer dan Matematik), Dr. Zuha Rosufila Binti Abu Hasan (Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri & Masyarakat), dan Dr. Noor Azliza Binti Che Mat (Ketua Projek) telah menghadiri Majlis Penyerahan Mock Cek Dana Kajian Sosial dari Kementerian Pendidikan Tinggi yang berlangsung di Dewan Terbuka Penjara Marang, Terengganu. Majlis ini telah disempurnakan dengan kehadiran YBrs. Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Tuan Haji Ahmad Fuadzi Bin Awang; Pengarah Penjara Negeri Terengganu, PKK Haji Mohd Nasir Bin Yusof; Pengarah Penjara Marang, PKK Mohamad Jusoh Bin Ismail; serta Pengarah Pusat Koreksional Dungun, PKP Ahamad Ikhwan Naim Bin Mohd Zin.

Penyerahan mock cheque bernilai RM69,270 di bawah Dana Kajian Sosial Kementerian Pendidikan Tinggi, yang bertujuan memperkasa pendidikan agama prospek tahfiz melalui penggunaan aplikasi digital Think Quran. Projek ini merupakan inisiatif bersama UMT dan Jabatan Penjara Malaysia yang menggabungkan pendekatan tradisional serta teknologi moden dalam usaha pemulihan.

Share the Post:

Artikel Berkaitan