Majlis Apresiasi Penyelidikan dan Inovasi Tahun 2025 (MAPI 2025) anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah diadakan dengan jayanya pada 17 Julai 2025 bertempat di Hotel Raia, Terengganu.
Majlis ini bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf sumbangan serta pencapaian cemerlang para penyelidik, pensyarah, dan inovator UMT bagi tahun 2023 dan 2024. Penganjuran MAPI 2025 menjadi simbol penghargaan terhadap dedikasi tinggi warga akademik universiti dalam memperkukuh budaya penyelidikan, pemindahan ilmu, penghasilan inovasi serta penerbitan berimpak tinggi.
Para pensyarah dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) turut terlibat sama dalam menyumbang kepada pencapaian universiti melalui penyelidikan yang berimpak, penghasilan inovasi yang relevan serta penglibatan aktif dalam pembangunan ilmu dan teknologi.
Majlis ini turut menjadi platform untuk meraikan kejayaan serta memberi inspirasi kepada seluruh warga UMT agar terus komited dalam meneroka ilmu baharu, mencipta penyelesaian inovatif dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat serta negara.
