Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) telah dilantik selaku sekretariat SRD pada tahun 2025, yang mana Jawatankuasa Induk SRD 2025 dipengerusikan oleh Dekan FSKM. Jawatankuasa Induk SRD ini turut dianggotai ahli-ahli dari PTj berkaitan seperti Timbalan-timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar) dari semua fakulti, Pejabat Komunikasi Korporat (PKK), Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik (PPPA), Pusat Pembangunan Harta (PPH), Pejabat Bendahari, Pihak Keselamatan dan Pusat Ekosistem Digital (PED) bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program SRD.