Faculty of Computer Science and Mathematics

UMT, UTM & KPT bekerjasama dalam kajian rintis “Sea Water Desalination System”

desalation-800x445
17 Disember 2016, Kuala Besut – Satu tinjauan lokasi bagi projek kajian rintis “Sea Water Desalination System” telah dilakukan di sepanjang pantai Tawang, Bachok hingga ke Kuala Besut. Kumpulan penyelidik ini diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar dan ahli-ahli penyelidik daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK) dan Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi (PPPSE). Wakil daripada Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Pemangku Ketua Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi, turut bersama meninjau bagi menentukan potensi lokasi projek. Antara pemimpin masyarakat yang sempat ditemui bagi mendapatkan input maklumat kajian ialah Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Tawang, Dato’ Raduan Abdullah dan YBM Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman, ADUN Kuala Besut.

#PusatPengajianKejuruteraanKelautan
#UniversitiMalaysiaTerengganu
#SoaringUpwards

Share the Post:

Artikel Berkaitan